Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


------------------------

Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).

Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun. Selepas acara pertama di Shah Alam 4 Nov 2012 pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat satu sahaja lagi acara iaitu pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.

Tulisan tambahan 25 Julai 2013 dibuat dalam keadaan agak mencabar, ketika acara ke-5 HIKMAH di Terengganu tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk berlangsung. Ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu.


Nota lagi : Ditulis selepas HIKMAH Terengganu selamat dilangsungkan 5-8 Jun...

HIKMAH Terengganu dilangsungkan dalam keadaan Radzi baru seminggu menerima pembedahan masuk besi dalam kaki sambil memperbetulkan hal pertumbuhan tulang tidak sekata yang berlaku dalam tempoh sebelum lebih sebelum itu. Selepas itu. pada kala beliau dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau terasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.

Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...



















Video sekitar acara sulung kami,
"Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah















Video acara lain HIKMAH boleh dilihat di sini...






Notis (dibuat 3 Disember 2015) : Mulai hari ini tak perlulah dikongsikan video juga pautan selain untuk 10 acara terawal HIKMAH. Begitu juga gambar-gambar di sidebar kanan dan senarai tajuk-tajuk pembentangan di bahagian bawah blogspot. Untuk mengikuti cerita tentang acara-acara HIKMAH selepas itu cukuplah melalui pautan sebelum paparan video atas. Kecuali kalau ada orang lain sanggup buatkan...


Saturday, December 31, 2016

Tempoh masa/musim acara-acara HIKMAH - Satu kajian kes

Salam tengah malam Sabtu 31 Disember 2016. Ketika ini saya sedang melepak makan minum sambil mendengar live band music bersama isteri dan seorang anak juga seorang kawan isteri dan anak-anaknya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim milik sutradara filem terkenal tanah air, tuan Mamat Khalid. Menggunakan wi-fi di sini gerak bercerita panjang membuat bermacam artikel demi melepaskan gerak rasa yang patut agar dapat merasa ringan untuk menyambut kedatangan tahun baru 2017 kurang 24 jam lagi diteruskan.


Gambar hiasan : Awal pagi di ruang legar bangunan Kompleks Taman Seni Islam di Shah Alam, juga dikenali sebagai Yayawan Restu, sebelum acara pertama HIKMAH bermula di sana. Lihat artikel Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012...



Pada pertengahan bulan November lalu, tepat sebulan sebelum melaksanakan acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang saya tergerak untuk menyemak tarikh Hijriah bagi setiap acara HIKMAH sampailah yang ke-19 itu. Hasilnya dikumpulkan dalam satu dokumen Microsoft Word. Dengan maklumat yang diatur baik secara kronologi itu saya turut membuat kiraan jarak masa senggang antara setiap acara. Turut dibuat adalah mengumpulkan acara mengikut bulan-bulan Islam.

Dengan maklumat-maklumat yang teratur ini saya boleh membaca sedikit trend tentang pemilihan tarikh-tarikh acara lalu memberikan komen. Untuk makluman saya biasa memilih tarikh dengan turut merujuk pada bulan-bulan Islam lalu memilih masa yang sesuai mengikut peristiwa-peristiwa tertentu yang dikira boleh memberikan keberkatan atau majlis boleh menumpang berkat. Tarikh acara juga memang biasa dipilih agar dapat memanfaatkan cuti hujung minggu samada Sabtu, Ahad atau kedua-dua hari sekali sambil mengambil kira apakah suatu lokasi majlis dapat digunakan pada tarikh pilihan. Turut diambil kira kesediaan pihak tuan rumah untuk menjayakan acara juga kesediaan pihak saya sendiri dalam mengatur perkara. Hasil daripada pelbagai perkara atau faktor yang diambil kira ini membentuk tarikh acara yang kadangkala saya sendiri pun tidak sangka dan tidak jangka. Saya cuma menurut sahaja gerak yang dilorongkan untuk memudahkan perkara.

Saya bercadang untuk berkongsi hasil pemerhatian ini selepas selesai menjayakan acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi berserta segala macam artikel yang patut dikongsikan tentangnya. Dengan tersiarnya artikel kompilasi Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016 sebelum Subuh awal pagi Jumaat semalam selesailah segala yang perlu dikatakan tentang acara. Namun saya juga harus menurut gerak ilham melepaskan beberapa lagi cerita di blogspots saya yang lain. Akibatnya sejak pagi Khamis saya bersengkang mata tidak dapat tidur, selepas Maghrib tadi baru dapat melelapkan mata dalam 2 jam gitu sebelum bersiap untuk ke Sarang Art Hub, sekitar 44 km dari rumah untuk menemani isteri melaksanakan satu urusan kerja.

Saya pergi membawa komputer riba dengan harapan dapat menyelesaikan lagi beberapa gerak ilham menulis dalam blogspots di celah-celah santai makan minum mendengar live band music itu. Malah tadi apabila mendengar kugiran yang mana Mamat bermain keyboard mengumandangkan aluan awal lagu Kamelia nyanyian kumpulan hard rock klasik terkenal Sweet Charity (kan? kan? Saya ingat-ingat lupa sebenarnya), saya tidak dapat menahan diri daripada pergi ke hadapan menawarkan diri untuk menyanyi. Selesai itu saya pun menyambung tulisan artikel. Nah. Tanpa membuang masa biar dikongsikan hasil kajian dan pemerhatian saya tentang perkara...




.Senarai Acara, Tempat dan Tarikh


Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 @ 19 Zulhijjah 1433 Hijriah

Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012 @ 11 Muharram 1434 Hijriah

Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013 @ 15 Rabiulawal 1434 Hijrah

Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013 @ 4 Jamadilawal 1434 Hijriah

Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013 @ 27-29 Rejab 1434 Hijriah

Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013, 1 Zulkaedah 1434 Hijriah

Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013 @ 27 Muharram 1435 Hijriah

Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014 @ 8 Rabiulakhir 1435 Hijriah

Acara kesembilan HIKMAH di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014 @ 22 Rabiulakhir 1435 Hijriah

Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 @ 28 Jamadilawal 1435 Hijriah

Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 @ 15 Muharram 1436 Hijriah

Acara kedua belas HIKMAH di Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015 @ 26 Rabiulawal 1436 Hijriah

Acara ketiga belas HIKMAH di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015 @ 14 Jamadilakhir 1436 Hijriah

Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015 @ 20 Rejab 1436 Hijriah

Acara kelima belas HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015 @ 23-24 Syawal 1436 Hijriah

Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016 @ 20-21 Rabiulawal 1437 Hijriah

Acara ketujuh belas HIKMAH di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016 @ 15 Zulhijjah 1437 Hijriah

Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 @ 21 Muharram 1438 Hijriah

Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Pahang 17 Disember 2016 @ 17 Rabiulawal 1438 Hijriah




Jarak masa antara acara


Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 @ 19 Zulhijjah 1433 Hijriah


3 minggu jarak


Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012 @ 11 Muharram 1434 Hijriah


Sebulan 2 hari jarak


Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013 @ 15 Rabiulawal 1434 Hijrah


Sebulan 17 hari jarak


Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013 @ 4 Jamadilawal 1434 Hijriah


2 bulan 20 hari jarak


Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013 @ 27-29 Rejab 1434 Hijriah


3 bulan jarak


Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013, 1 Zulkaedah 1434 Hijriah


Sebulan 21 hari jarak


Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013 @ 27 Muharram 1435 Hijriah


2 bulan 8 hari jarak


Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014 @ 8 Rabiulakhir 1435 Hijriah


2 minggu jarak


Acara kesembilan HIKMAH di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014 @ 22 Rabiulakhir 1435 Hijriah


Sebulan 7 hari jarak


Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 @ 28 Jamadilawal 1435 Hijriah


7 bulan 10 hari - Jarak ini agak lama dan panjang kerana saya sebenarnya hendak berhenti melaksanakan acara HIKMAH lalu kembali memberikan tumpuan pada penulisan buku. Untuk makluman, asalnya saya cuma mahu membuat acara HIKMAH sekali sahaja penghujung tahun 2012 - bagi menghilangkan gangguan writer's block yang menghalang penulisan satu projek buku ketika itu. Tetapi acara mendapat sambutan dan permintaan luar biasa sehingga sedar sedar sahaja ia terus berjalan. Diam tak diam, dalam tempoh kurang 2 tahun telah terlaksana 10 acara di merata Semenanjung Malaysia sehingga membawa ke luar negara di Aceh. Tetapi saya kemudian dipujuk berkali-kali oleh kawan-kawan termasuk dari Aceh agar melaksanakan lagi acara.


Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 @ 15 Muharram 1436 Hijriah


2 bulan 9 hari


Acara kedua belas HIKMAH di Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015 @ 26 Rabiulawal 1436 Hijriah


2 bulan 17 hari


Acara ketiga belas HIKMAH di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015 @ 14 Jamadilakhir 1436 Hijriah


Sebulan 5 hari


Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015 @ 20 Rejab 1436 Hijriah


3 bulan


Acara kelima belas HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015 @ 23-24 Syawal 1436 Hijriah


4 bulan 21 hari - Ini pun agak lama kerana saya sebenarnya bercadang untuk berhenti lagi selepas menjayakan acara ke-15 hampir penghujung tahun 2015. Akhir tahun kawan-kawan memujuk lagi. Diikuti permintaan daripada ayahanda angkat saya, penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas agar melaksanakan satu acara HIKMAH di rumah rehat beliau dalam tempoh sebulan permintaan dibuat saya pun akur...


Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016 @ 20-21 Rabiulawal 1437 Hijriah


7 bulan 17 hari  - Jarak selepas ini memang lama tetapi bukan sebab saya hendak berhenti lagi. Saya dah tak berani mengisytiharkan hendak berhenti kerana sudah berkali-kali dipujuk orang lalu merasa terpanggil untuk meneruskan. Saya sekadar menunggu kesempatan dan gerak sebelum 'mendapat perintah dari atas' bagi melaksanakan lagi acara. Ini kemudian timbul selepas lebih setengah tahun berehat...


Acara ketujuh belas HIKMAH di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016 @ 15 Zulhijjah 1437 Hijriah


Sebulan 5 hari


Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 @ 21 Muharram 1438 Hijriah


Sebulan 25 hari


Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong 17 Disember @ 17 Rabiulawal 1438 Hijriah




Breakdown menurut bulan Islam



a. Muharram


1. Acara kedua HIKMAH di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 Nov 2012 @ 11 Muharram 1434 Hijriah

2. Acara ketujuh HIKMAH di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 Nov 2013 @ 27 Muharram 1435 Hijriah

3. Acara kesebelas HIKMAH di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Pagoh, Muar 8 Nov 2014 @ 15 Muharram 1436 Hijriah

4. Acara kelapan belas HIKMAH di Muzium Negara, Kuala Lumpur 22 Oktober 2016 @ 21 Muharram 1438 Hijriah


Acara-acara ini mengambil berkat tahun baru Hijrah atau Awal Muharram.



b. Safar  - Tiada dan tak mahu ada


Kalau boleh saya tidak mahu mengadakan apa-apa acara HIKMAH pada bulan tersebut. Saya difahamkan bulan Safar dianggap tidak baik untuk mengadakan apa-apa majlis penting.



c. Rabiulawal


1. Acara ketiga HIKMAH di Marina Hall, Lumut 27 Jan 2013 @ 15 Rabiulawal 1434 Hijrah

2. Acara kedua belas HIKMAH di Pondok A.M. Bawa Muhaiyaddeen dan tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah 17-18 Jan 2015 @ 26 Rabiulawal 1436 Hijriah

3. Acara keenam belas HIKMAH di University of Life @ rumah S.H.Alattas, Janda Baik 30-31 Jan 2016 @ 20-21 Rabiulawal 1437 Hijriah

4. Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong 17 Disember @ 17 Rabiulawal 1438 Hijriah


Dibuat sekali dengan sambutan Maulidur Rasul untuk mengambil keberkatan atas hari lahir dan musim sambutan hari lahir junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.



d. Rabiulakhir


1. Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014 @ 8 Rabiulakhir 1435 Hijriah

2. Acara kesembilan HIKMAH di Dewan Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Feb 2014 @ 22 Rabiulakhir 1435 Hijriah


Masih boleh menyambut Maulidur Rasul kerana kehangatan musim masih terasa. Malah di sesetengah tempat misalnya di Aceh, adat tradisional tempatan atas perintah Sultan dahulukala mewajibkan ia  diraikan selama 100 hari!



e. Jamadilawal


1. Acara keempat HIKMAH di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013 @ 4 Jamadilawal 1434 Hijriah

2. Acara kesepuluh HIKMAH di Muzium Aceh, Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014 @ 28 Jamadilawal 1435 Hijriah



f. Jamadilakhir


1. Acara ketiga belas HIKMAH di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan 4 April 2015 @ 14 Jamadilakhir 1436 Hijriah



g. Rejab


1. Acara kelima HIKMAH di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu, 5-8 Jun 2013 @ 27-29 Rejab 1434 Hijriah

2. Acara keempat belas HIKMAH di Masjid Warisan Kampung Chenor, Maran, Pahang 9 Mei 2015 @ 20 Rejab 1436 Hijriah


Mengambil berkat dan memang disambut sekali hari Isra’ dan Mikhraj 27 Rejab.



h. Syaaban ­ - Tiada, Ataiu lebih tepat, belum ada


Mungkin tahun 2017 akan ada satu? Harus dibuat untuk meraikan sekali Nisfu Syaaban 15 haribulan.



i. Ramadhan - Tiada

Memang saya elakkan buat acara HIKMAH pada bulan ini kerana kami biasa mengadakan majlis pada waktu siang lalu berusaha untuk menyediakan sarapan, makan tengah hari dan minum petang buat peserta.



j. Syawal


1. Acara kelima belas HIKMAH di dewan orang ramai Kampung Banjar, Beruas 8-9 Ogos 2015 @ 23-24 Syawal 1436 Hijriah


Suasana sambutan raya Aidil Fitri. Memang patut diraikan.



k. Zulkaedah


1. Acara keenam HIKMAH di Galeri Shah Alam 7 Sept 2013, 1 Zulkaedah 1434 Hijriah


Memang acara keenam ini dibuat sambutan hari raya. Ia cuma lewat sehari sahaja selepas tamat bulan Syawal.



l. Zulhijjah


1. Acara pertama HIKMAH di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 @ 19 Zulhijjah 1433 Hijriah

2. Acara ketujuh belas HIKMAH di Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara, Seremban 17 Sept 2016 @ 15 Zulhijjah 1437 Hijriah


Mengambil berkat musim Haji sambil bersedia untuk menyambut tahun baru.



No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.