Terbitnya HIKMAH



Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.


------------------------

Nota : (ditulis malam Jumaat 25 Julai 2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434, malam Nuzul Quran).

Adapun penulisan pengenalan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, keempat di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac diikuti kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun. Selepas acara pertama di Shah Alam 4 Nov 2012 pengasas HIKMAH iaitu saudara Radzi Sapiee bercadang cuma akan membuat satu sahaja lagi acara iaitu pada hujung tahun. Itupun untuk memenuhi janji kerana Datuk Seri Ali Rustam pernah mengisytiharkan HIKMAH Melaka sebagai acara tahunan ketika beliau masih Ketua Menteri.

Tulisan tambahan 25 Julai 2013 dibuat dalam keadaan agak mencabar, ketika acara ke-5 HIKMAH di Terengganu tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk berlangsung. Ketika itu Radzi perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan kaki yang agak teruk akibat jatuh tergelincir 23 April. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu.


Nota lagi : Ditulis selepas HIKMAH Terengganu selamat dilangsungkan 5-8 Jun...

HIKMAH Terengganu dilangsungkan dalam keadaan Radzi baru seminggu menerima pembedahan masuk besi dalam kaki sambil memperbetulkan hal pertumbuhan tulang tidak sekata yang berlaku dalam tempoh sebelum lebih sebelum itu. Selepas itu. pada kala beliau dijangka memakan masa lagi 6 minggu untuk sembuh timbul permintaan baru yang membuat beliau terasa harus memenuhinya. Ketika itu pihak kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara keenam di Shah Alam 7 September merangkap sambutan hari raya. Sambil itu ada pihak di utara meminta untuk menjadi penganjur acara ketujuh lalu kami mencadangkan agar ia dibuat minggu ketiga bulan Oktober. Pihak tersebut ingin menaja segala kos dan meminta agar ia diadakan selama 3 hari.

Begitulah kami di HIKMAH. Siapa sangka acara yang asalnya mahu diadakan sekali sahaja iaitu pada 4 November 2012 boleh bercambah menjadi satu siri jelajah yang ditunggu-tunggu umat Melayu dan Islam serata Malaysia malah dari negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia? Untuk melihat atau menelaah apa yang telah dibuat HIKMAH sila klik pautan berikut...



















Video sekitar acara sulung kami,
"Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012
bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah















Video acara lain HIKMAH boleh dilihat di sini...






Notis (dibuat 3 Disember 2015) : Mulai hari ini tak perlulah dikongsikan video juga pautan selain untuk 10 acara terawal HIKMAH. Begitu juga gambar-gambar di sidebar kanan dan senarai tajuk-tajuk pembentangan di bahagian bawah blogspot. Untuk mengikuti cerita tentang acara-acara HIKMAH selepas itu cukuplah melalui pautan sebelum paparan video atas. Kecuali kalau ada orang lain sanggup buatkan...


Saturday, December 31, 2016

Penegasan tentang keistimewaan dan prestij HIKMAH sebagai penutup kata-kata tahun 2016

Salam semua 31 Disember ini. Salam penutup tahun 2016. Ketika ini tinggal kurang 6 jam sahaja lagi sebelum kita menyambut dan meraikan kedatangan tahun 2017. Ini adalah satu artikel kompilasi yang mahu meluahkan sedikit rasa yang kalau boleh mahu dilupakan langsung apabila masuk tahun baru tersebut. Di bawah adalah satu video klip bagi menunjukkan gambar-gambar orang beramai posing selepas setiap acara HIKMAH daripada yang pertama sehingga yang ke-19. Sekarang masuk kita pada cerita apa yang mahu disebut...



Dalam pada HIKMAH yang diasaskan lebih 4 tahun lalu terus mengorak langkah demi  langkah bagi memperkasakan pemikiran bangsa kita supaya dapat menggalas tugas mendaulatkan Islam sambil mengembalikan sifat sebenar keMelayuan saya dapati masih ada suara-suara skeptik sumbang yang menuduh kami terutama saya sendiri sebagai presiden dan pengasas HIKMAH macam-macam. Ada yang masih percaya saya melaksanakan acara demi acara HIKMAH untuk membuat duit. Ada yang fikir saya ada hati untuk merampas takhta entah  di mana kerana mahu menjadi sultan. Maka HIKMAH kononnya tidak lain tidak bukan cuma wadah untuk saya membina jaringan pengaruh kekuasaan. Selain itu ada yang menganggap HIKMAH cuma kumpulan dan perhimpunan picisan yang tidak menerbitkan apa-apa faedah dan kebaikan kecuali syok sendiri berkumpul beramai-ramai berbusana tradisional Melayu berkongsi ilmu yang tidak ada makna.

Beginilah, Saya hendak menjawab dan melepaskan ini sebelum tamat tahun 2016. Selepas ini saya mahu melupakannya lalu akan buat dek dan tak tahu sahaja dengan kata-kata sumbang. Maka itu ditegaskan, Cuma orang yang bodoh, buta atau angkuh, atau kesemuanya sekali sahaja yang sanggup menafikan kedudukan dan pencapaian HIKMAH sejak ia ditubuhkan 12 Oktober 2012. Berapa banyak persatuan dan perkumpulan telah muncul selepas mereka yang berkenaan menghadiri acara-acara HIKMAH? Berapa ramai pihak cuba meniru cara pengisian kami? Cuma mereka tidak mahu mengaku atau pihak lain yang terlibat dengan mereka-mereka ini kemudian sahaja yang tak tahu cerita. Melalui penganjuran majlis kami di merata negeri dan tempat hingga ke luar negara termasuk di tempat berprestij tinggi seperti Muzium Negara, satu institusi ikonik yang sedia mengakui majlis kami di sana sebagai anjuran bersama, ramai kawan-kawan aktivis dan kumpulan mendapat ruang untuk melebarkan jaringan dan pengaruh. 

Tetapi kami seperti biasa terus bergerak dari tempat ke tempat, tingkat ke tingkat tanpa terlalu mempedulikan segala hal ini. Cuma sesekali, apabila muncul lagi fitnah-fitnah dan suara-suara sumbang yang cuba menafikan sumbangan kami saya merasa terkilan. Adakala timbul rasa mahu merajuk, berhenti langsung daripada melaksanakan apa-apa lagi acara. Walhal ada yang berniat sumbang untuk menciplak cara gerak kerja kami sambil menutup jejak mereka meniru ilham dan cara kononnya mereka bergerak atas ilham sendiri yang asli,

Dalam mahu segala kerenah ini dapat ditangani sehingga boleh menutup perkara lalu melupakannya terus sambil boleh melangkah masuk menikmati tahun baru 2017 tanpa membawa lagi apa-apa beban negatif perasaan saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH merasakan perlu untuk menonjolkan sedikit keistimewaan dan prestij HIKMAH. Atas sebab itu 4 artikel sebelum ini, cerita-cerita selepas kompilasi Acara kesembilan belas HIKMAH di Dusun Nora, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang 17 Disember 2016 dibuat, Di sini, dalam artikel ini boleh dikumpulkan pautan-pautannya sambil membentuk naratif yang tersendiri.




1. Untuk menunjukkan dengan jelas betapa kami sebenarnya sudah berjaya melakukan sesuatu yang membentuk sejarah bangsa harus dilihat bagaimana kami dapat mengadakan acara demi acara di merata tempat sambil mengambil kira beberapa faktor yang boleh meraih berkat. Hal ini disorot melalui artikel Tempoh masa/musim acara-acara HIKMAH - Satu kajian kes. Melihat senarai yang tertera sahaja harus dapat menimbulkan rasa hormat terhadap usaha kami oleh mereka yang jujur berpendapat.




2. Melihat pula pada jangkauan usaha kami di mana acara-acara dapat diadakan di pelbagai ragam tempat, pusat seni, muzium, masjid, makam dan bermacam-macam lagi. Mereka yang berlapang dada harus dapat meneliti lalu melihat bahawa langkah kami mendapat restu rahmat pertolongan daripada Ilahi. Lihat Fungsi lokasi acara-acara HIKMAH - Dari pusat seni ke kolej ke masjid dan makam-makam.




3. Melihat gambar-gambar kami berkumpul selepas selesai suatu acara pun sudah harus dapat menunjukkan usaha kami telah menjalar ke merata lapisan masyarakat menerbitkan hasil-hasil positif walaupun tidak dinyatakan dengan terang atau dibuat apa-apa akuan. Walaupun gambar rata-rata diambil lewat petang di mana ramai hadirin sudah meninggalkan majlis baki yang berkunpul itu dapat menyatakan banyak perkara tersurat dan tersirat yang boleh ditangkap oleh mereka yang memiliki pandang tembus hati, dapat menebak niat walau tersembunyi di sebalik segala macam zulmat. Lihat Gambar beramai-ramai pada acara-acara HIKMAH.




4. Lihat pula pada siapakah mereka-mereka yang sudi berkongsi ilmu pada majlis-majlis kami. Mereka tidak dibayar namun sanggup mengeluarkan belanja sendiri untuk sama-sama berkongsi ilmu percuma buat faedah masyarakat. Lihat dan kaji siapakah mereka-mereka ini. Ingat budak-budak picisan banyak cakap yang hakikat sebenar pencapaian hidup mereka jauh panggang dari api?  Yang ketrampilan diri mereka banyak indah khabar daripada rupa? Lihat Senarai pembentang HIKMAH dan tajuk serta kredibiliti.


Dengan ini cukuplah luahan hati saya. Selepas ini saya tidak akan peduli lagi kata-kata cemuhan insan-insan kerdil yang iri hati, dengki atau tidak memahami. Mereka-mereka yang mahu menutup kelemahan diri sehingga apabila saya menegur, saya pula yang dikatakan iri hati. Nak iri hati apa? Kalau anda jujur melihat pencapaian dan jangkauan pengaruh HIKMAH nescaya anda akan dapati saya tidak ada apa-apa yang perlu diirihatikan dengan pencapaian-pencapaian kerdil golongan yang lebih sudu daripada kuah. Cukup.


No comments:

Post a Comment

PERKONGSIAN ILMU YANG TELAH DIBUAT HIKMAH SETAKAT INI

Ramai sudah sedia maklum bagaimana HIKMAH menggabungkan persembahan silat, budaya, pameran koleksi keris malah sesi berkuda juga memanah untuk memeriahkan acara. Namun teras utama acara tetap perkongsian ilmu yang dibuat dalam bentuk pembentangan seperti seminar sebelum diikuti sesi berkumpulan. Dengan ini biar dikongsikan tajuk-tajuk kertas kerja yang telah dibuat setakat ini...

“Suai Kenal HIKMAH” atau HIKMAH I di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Perlembagaan Negara dan Cabaran Terhadap Hak Melayu dan Institusi Beraja – Mohd Faizal Ahmad, peguambela dan peguamcara


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


4. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


5. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


6. Ragam Hias Gunungan Mihrab dan Mimbar di Alam Melayu – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan Idris


7. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


8. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


9. Keris ke arah Penyatuan Alam Melayu – Khairul Azhar Abdul Karim, YDP Persatuan Pusaka Perkerisan Kuala Lumpur


10. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


11. Dari Srivijaya ke Batu Bersurat Terengganu : Perjalanan Melayu Merentas Zaman Menggamit Peranan – Mohd Syukri Embong, YDP Persatuan Belia Waja Watan




“Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” atau HIKMAH II di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 25 November 2012


1. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


2. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos , bekas wartawan Malay Mail


3. Faktor Sultan kepada Bangsa Melayu : Mesej untuk umat Melayu di Akhir Zaman – Sheikh Sidi Mohamed Zaid Dor, pengetua Madrasah Rasool-Ur-Rahmah, Behrang, pemimpin Tariqat Naqsyabandiah


4. Ragam Hias Gunungan Mihrab di Acheh dan Tanah Melayu (1600-1900) – Harleny Abd Arif, calon doktor falsafah seni Universiti Pendidikan Sultan


5. Busana tradisional Melayu sebagai Lambang Jiwa Merdeka – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


6. “Berpetualang ke Aceh” : Satu Pengalaman Mencari Jati Diri Melayu – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Ancaman Terhadap Situs Bersejarah Kerajaan Lama Lamuri : Usaha untuk Memperkasakan sejarah Aceh yang hilang Melalui Pemeliharaan Makam-makam - wakil dari badan NGO Mapesa (Masyarakat Peduli Sejarah Aceh)


9. Ikonografi Zulfikar dalam Sejarah Hubungan Turki dan Nusantara – Mohd. Zahamri Nizar, aktivis Yayasan Restu


10. Panji-panji hitam dari Timur : Peranan bangsa Melayu Akhir Zaman – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh


“HIKMAH Berselawat : Menjejak Pendekar, Ahlul Bayt dan Mendaulat Sultan di tanah Gangga Negara” atau HIKMAH III di Marina Hall, Lumut 27 Januari 2013


1. Alter Terahsia Melayu – Srikandi, pengkaji sejarah Melayu dan seorang penulis blog yang agak misteri tetapi diminati ramai terutama melalui blog Mistisfiles


2. Mata Wang Syariah dan Melayu : Penipuan dalam Kewangan dan Perlembagaan? – Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Ahlul Bayt Rasulullah SAW & Warisan Melayu – Tun Suzana Othman, penulis buku tentang Ahlul Bait dan raja-raja Melayu juga ulamak silam


4. Siapakah itu Melayu? – Tuan Haji Halim Bashah, penulis, pengumpul koleksi sejarah negeri Kelantan, wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan


5. Ahlul Bayt sebagai Perisai Agama,Bangsa dan Negara - Habib Abu Aswad ibn Zakaria Al-Kubra, mudir Madrasah Ahbabul Mustafa, Kelantan


6. Nasib orang Melayu di Singapura - Tengku Syawal, waris utama Sultan Ali ibni Sultan Hussein (Sultan Ali pernah bertakhta di Kesang, Johor, Sultan Hussein di Singapura abad ke 19 Masihi)


7. Wasiat Raja Haji Fi Sabilillah oleh waris dari Pulau Bentan, Raja Syukri


8. Sajak Melayu – Tun Muhammad Farul, aktivis busana tradisi dan silat Melayu, wakil dari Istiadat Pewaris Penjurit Kepetangan Melayu


9. Kebangkitan Panji-panji Hitam Melalui Pembatalan Sihir Perjanjian Pangkor - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”

HIKMAH IV : Silaturrahim Bumi Serambi Mekah di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok 16 Mac 2013


1. Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu – Puan Rosnawati, pemilik ANR


2. Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias – Puan Harleny Abd Arif, calon PhD seni UPSI


3. 'Seni Khat Melayu': Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


4. Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar – Mohammad Iddham, Kelab Pencinta Sejarah Kelantan


5. Sejarah Kelantan Membawa ke Dinasti Raja-raja Jembal dan Kisah Puteri Saadong - Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong


6. Sheikh Ahmad al-Fathoni dan para Ulamak Pantai Timur : Kenapa Kelantan dipanggil Bumi Serambi Mekah? - Ustaz Zaidi Hassan dari Masjid Salor, Pasir Mas, Kelantan


7. Apa yang Perlu dilakukan untuk Menjayakan Perjuangan Dinar Dirham dan Muamalatnya : Peranan HIKMAH dan Kaitan dengan Cap Mohor Diraja - Ustaz Muhammad Hassan Zaid bin Ramli dari As-Saff Madani Islamic City


8. Praktik Dinar dan Dirham untuk Kesultanan dan Umat Melayu – Mazli Alias dari kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


9. Dari Langkasuka ke Serambi Mekah : Kedaulatan Melayu dan Islam – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH


“HIKMAH Isra’ dan Mi’raj : Jejak Sufi dalam Tamadun Melayu” atau HIKMAH V di Masjid Makmur Losong, Kuala Terengganu 5-8 Jun 2013


1. Aplikasi Dinar dan Dirham sebagai Wadah Pendaulatan Islam sedunia : Pasar Terbuka Masjid - Puan Norbaini Hassan, Perunding Dinar & Dirham


2. Hubungan Syarif Al-Baghdadi dan Tok Pulau Manis dengan Islam di Nusantara - Fokus Salasilah Tok Syeikh Pulau Manis - Cikgu Najib Badruddin, Pengkaji sejarah dan waris Tok Pulau Manis dari Kelantan


3. Antara Muhammad al-Baghdadi dan Muhammad Nafs al-Zakiyah : Pengalaman Peribadi Menjejak Makna hingga ke Terengganu - Radzi Sapiee, pengasas dan presiden HIKMAH


4. Dinar dan Dirham dan Kesultanan Masa Kini – Umar Azmon Amir Hassan, Penggiat Dinar dn Dirham kumpulan Murabbitun dan World Islamic Mint


5. Tasawuf, Tamadun Melayu dan Khilafat Uthmaniyyah – Halit Osmanli An-Naqsyabandi, Sheikh tariqat Naqsyabandiah-Haqqani


6. TokKu Paloh dari aspek Sosiologi Ekonomi Masyarakat - Razi Yaakob, Pensyarah UnisZa (Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu)


7. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 -Mohd Zahamri Nizar, Aktivis seni rupa Melayu


8. Jejak dan Legasi Tok Ku Paloh dan Keluarga - Dr Syed Lutfi bin Syed Umar, Pensyarah Unisza


9. Batu Bersurat Terengganu, Mesej untuk Umat Akhir Zaman - Rashid Hamat, Ketua Bahagian Sejarah, Muzium Negeri Terengganu


HIKMAH Merdeka Raya atau HIKMAH VI di Galeri Shah Alam 7 September 2013


1. Hasil kerja seni sebagai Wadah Memartabatkan Melayu dan Islam - Mohd. Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor


2. Mengenali dan Menjejaki Perjalanan Bangsa Melayu dan Asal Usulnya – Puan Zaharah Sulaiman, penyelidik dan penulis dari Ikatan Arkeologi Malaysia


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu - Shamsul Yunos, bekas wartawan Malay Mail dan aktivis media bebas


4. Pernyataan HIKMAH Melaka sebagai blue print kebangkitan Ummah - Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH

Festival Ketamadunan Dan Adat Istiadat Melayu Mukmin Nusantara atau HIKMAH VII di Hang Tuah Center, Kampung Duyong, Melaka 30 November 2013


1. Zuriat Nabi SAW dan Islam di Nusantara : Sejarah, Hijrah dan Hikmah - Tun Suzana Othman, penulis buku“Ahlul Bait dan Raja-Raja Melayu” dan Ustaz Mohd Iqbal Parjin dari KEMUDI ((Pertubuhan Kesedaran Melayu Dan Islam)


2. Fiqh al Adat Muhakkamah dalam Hikayat Raja-raja Melayu oleh Farha Muhammad - Nur Shazwani Sadzali dari Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ibrahim Sultan



Rumahku Syurgaku @ HIKMAH VIII di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang, Selangor 8 Februari 2014


1. Tradisi Gemilang: Seni Mushaf Terengganu Abad ke-19 oleh Mohd Zahamri Nizar, aktivis seni rupa Melayu


2. Ruang Mihrab Rumah Rasulullah SAW dan Perkaitannya dengan Falsafah Gunungan bersumberkan Al-Quran oleh Puan Harleny Abd Arif, pengkaji dan calon PhD seni UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

Mutiara HIKMAH @ HIKMAH IX di Bayan Lepas, Pulau Pinang 22 Februari 2014


1. Penempatan awal Melayu di Pulau Pinang - Roslan Saadon dari NGO Peradaban


2. Wang Fiat dan keruntuhan ekonomi Orang Melayu - Amirul Haji Mohamad, jururunding utama AHM Creates, firma khidmat nasihat kewangan Islam. Penerbit dan hos rancangan “Islamic Finance” di Capital TV, UNIFI


3. Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu – Shamsul Yunos, wartawan dan aktivis media bebas


4. Mencari Jati Diri Melayu Melalui Peninggalan Sejarah – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


5. Ancaman terhadap Akidah Umat Islam - Sheikh Raja Aman bin Raja Mokhtar, pemimpin Tariqat Shah Naqshband Az-Zainiyyah

HIKMAH Aceh - Kembali ke Makam Nenda @ HIKMAH X di Banda Aceh, Aceh 29 Mac 2014



1. Pengenalan HIKMAH – Radzi Sapiee, presiden dan pengasas HIKMAH, penulis trilogi novel “Berpetualang ke Aceh”


2. Sahibul Hikayat Bustanus Salatin - Muammar Farisi dari SILA (Sejarah Indatu Lemuria Aceh)


3. Pelestarian Situs Sejarah dan Budaya di Aceh - Teuku Zulkarnaian dari Dinas Budaya dan Parawisata (Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan) Aceh, juga Raja Nagan, raja bagi negeri kecil Nagan di bawah Aceh Darussalam.